通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Tuesday, November 13, 2012

KSSR: FOKUS

***KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH***

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan
murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang ditetapkan bagi setiap tahap.

KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Kemahiran menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian
 dengan menggunakan akal atau logik.
 
Pada Tahap I,
pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. 
Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi
bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. 
Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu
kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II,
penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M
di samping menguasai kemahiran TMK,
penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Post:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment