通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Tuesday, December 25, 2012

二零一二年六年级毕业刊:创作云彩(学生国文作品13)

***
Pertandingan Sukan yang
Pernah Saya Saksikan
***

**Salsabila Nasuha ( 6S )**

Pada hari Selasa yang lalu,
pertandingan pingpong
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Melaka
telah diadakan di dewan SJKC Ping Ming.
Pasukan beregu sekolah saya telah menyertai pertandingan itu.

Sebelum menyertai pertandingan,

pasukan beregu sekolah saya menjalani latihan dengan gigih.
Mereka menghargai setiap saat ketika menjalani latihan.
Jurulatih mereka yang bertanggungjawab
memastikan pemain berlatih dengan bersungguh-sungguh.
Mereka mendapat sokongan padu daripada
Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan.

Pada pukul sembilan pagi,

guru pengiring membawa mereka ke
dewan SJKC Ping Ming untuk menyertai pertandingan pingpong.
Pada mulanya,
ahli pasukan sekolah saya berdebar-debar dan berasa
 gementar melihat ahli pasukan lawan yang berbadan sasa.

Apabila pertandingan dimulakan,

mereka bermain dengan bersungguh-sungguh.
 Kami bersorak untuk menyokong dan menaikkan semangat mereka.
Persaingan semakin sengit apabila pasukan beregu sekolah
saya berjaya membalas hampir setiap pukulan pasukan lawan.

Pada saat terakhir,

mereka membuat pukulan kilas yang kencang
untuk menamatkan pertandingan itu.
Mereka mencapai kemenangan dengan
keputusan sebelas berbalas sembilan.
Kami bersorak sekuat-kuat hati dan memberi
tepukan gemuruh bagai halilintar membelah bumi.

Pemain pasukan sekolah saya

 berpeluk-pelukan dan bersalam-salaman.
Saya berbesar hati dan gembira kerana
pasukan sekolah saya telah berjaya dalam pertandingan itu.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment