通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Monday, December 24, 2012

二零一二年六年级毕业刊:创作云彩(学生国文作品5)

***
Faedah Menyertai
Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
***

**Yap Ming Jun (6S)**

Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
badan beruniform, sukan dan permainan serta persatuan.
Terdapat banyak faedah jika kita menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

Menyertai sukan dan permainan dapat menyihatkan badan kita.
Kalau badan kita cergas, otak kita juga akan cerdas.
Oleh itu,
kita dapat menumpukan perhatian di dalam kelas
dan keputusan kita juga cemerlang.

Dengan menyertai aktiviti kokurikulum,
kita juga boleh mengisi masa lapang dengan baik.
Menyertai aktiviti kokurikulum boleh mengelakkan diri daripada
melakukan aktiviti yang tidak berfaedah
seperti merokok, berjudi, melepak dan sebagainya.

Menyertai aktiviti kokurikulum
membolehkan kita mengenali kawan baharu.
Apabila kita berada dalam kesusahan,
kawan-kawan mungkin dapat membantu kita.
Kita juga boleh berbincang tentang kerja sekolah,
mengulang kaji pelajaran dan bermain bersama-sama.

Aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak faedah kepada kita.
Oleh itu, kita harus menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment