通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Monday, December 24, 2012

二零一二年六年级毕业刊:创作云彩(学生国文作品6)

***
Orang yang Saya Sayangi
***

**Ester Tan Xin Yee (6S)**

Semua orang mempunyai orang yang disayangi,
saya juga tidak terkecuali.
Orang yang paling saya sayangi
merupakan nenek saya.

Nenek saya sudah berumur.
Walaupun beliau tua tetapi
penglihatan beliau masih jelas.
Beliau tidak perlu menggunakan cermin mata
untuk membaca surat khabar.
Beliau masih kuat dan tidak memerlukan tongkat
untuk berjalan walaupun sudah berumur 81 tahun.

Beliau seorang yang baik hati,
penyayang dan sabar.
Pada suatu hari,
nenek pergi membeli sayur di pasar.
Penjual sayur itu tidak melayan beliau
walaupun beliau beratur dulu.
Beliau tidak marah malah
menunggu dengan penuh sabar.

Kami selalu bersiar-siar bersama-sama
selepas menikmati makan malam.
Pada sebelah malam,
beliau akan bercerita
tentang cerita-cerita dongeng.
Kami selalu bermain
permainan tradisional seperti congkak.
Nenek selalu menang dalam permainan itu.
Kalau kami bermain permainan moden,
saya pula yang akan memenanginya.

Saya berasa bangga kerana
mempunyai seorang nenek yang begitu baik.
Hubungan kami seperti isi dengan kuku.
Saya berharap agar nenek
panjang umur dan sihat walafiat.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment